Wednesday, November 5, 2008

Antara Soalan Tambahan semasa Pembahasan di Parlimen pada 4 Nov 2008

Soalan Asal :
Tengku Razaleigh Hamzah [Gua Musang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah institusi dan alat perundingan yang boleh diguna
untuk membantu para peniaga menghadapi kemerosotan/kemelesetan ekonomi sekarang ini dan
bagaimanakah proses ini dikendalikan dan bagaimana maklum balas daripada ini diambil kira
untuk tindakan seterusnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato' Shahrir Abdul Samad]:
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada Ahli Yang Berhormat Gua Musang yang telah menyampaikan satu soalan yang
menunjukkan sebenarnya kemampuan ataupun kebolehan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri untuk membantu ke arah proses untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
kejayaan peniaga-peniaga menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar.
Sebenarnya memanglah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri menyedari bahawa
suasana yang bakal dihadapi oleh para peniaga negara ini dengan kemelesetan yang sudah
melanda negara-negara maju khususnya merupakan suasana yang mencabar pada masa yang
terdekat ini.
Jadi amalan yang dipakai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna untuk membantu para peniaga menghadapi keadaan yang mencabar ini daripada
dahulu sampai sekarang adalah melalui majlis perundingan atau dialog yang diadakan secara
tahunan ataupun dari semasa ke semasa. Melalui perundingan yang telah kita lakukan, berbagaibagai-
bagai pandangan dan permintaan telah dapat diterima oleh pihak kementerian dan melalui
kedudukan saya selaku menteri bagi kementerian ini di dalam Majlis Ekonomi, pandangan dan
cadangan yang telah saya terima itu dapat diutarakan kepada pertimbangan semua pihak yang
terlibat.
Setakat ini nampaknya bahawa ada juga berbagai-bagai-bagai cadangan dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah mula mengambil langkah bersama-sama dengan
kerajaan untuk mewujudkan suasana yang lebih liberal kepada sektor peruncitan ataupun sektor
pengedaran iaitu distributive trade dan diharapkan bahawa sikap yang lebih liberal seperti ini
dapat menghasilkan persaingan yang lebih sihat untuk membantu para peniaga menghadapi
keadaan ekonomi yang mencabar.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui agensi di bawahnya iaitu
Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah pun melaksanakan berbagai-bagai penambahbaikan proses
untuk membantu agar mereka yang ingin mewujudkan syarikat ataupun untuk berniaga dapat
melakukannya dalam keadaan yang lebih mudah dan dapat mengurangkan masa bagi mereka
menubuhkan syarikat ataupun menyelesaikan masalah dan tanggungjawab mereka mengikut
Akta Syarikat.
Suasana itu semuanya bertujuan untuk menjadikan sektor perniagaan negara lebih
terbuka dan lebih kompetitif dan saya percaya Tuan Yang di-Pertua bahawa ini akan membawa
kepada satu suasana di mana dapat juga kerajaan memperkenalkan Akta Amalan Perdagangan
adil bagi turut juga menimbangkan kepentingan sektor perniagaan dengan kepentingan pihak
para pengguna.
Daripada hasil perbincangan yang telah diadakan, kami melihatkan bahawa mungkin
satu perkara yang dapat dilakukan bagi memberangsangkan ekonomi dalam negeri sendiri ialah
untuk menggalakkan pada rakyat Malaysia untuk membeli lebih barangan buatan Malaysia. Jadi
ini merupakan di antara kempen yang difikirkan dan sedang dirancang dan insya-Allah dapat kita
perkenalkan pada awal tahun hadapan.


SOALAN TAMBAHAN (DITANYA OLEH TUMPAT, PAS)

Terima kasih Tan Sri Yang Dipertua, soalan daripada Yang Berhormat Mulia Gua Musang adalah berkaitan dengan bagaimana langkah kementerian untuk membantu para peniaga menghadapi kemerosotan dan kemelesetan ekonomi sekarang. Di antara punca masalah ekonomi sekarang ialah harga minyak. Harga minyak dinaikkan di dalam bulan Jun sebegitu mendadak sekali dan ianya memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara dan juga kepada peniaga-peniaga kecil sehinggalah ke hari ini. Harga minyak dunia menurun dengan mendadak juga akhir-akhir ini, tetapi saya perhatikan bahawa Yang Berhormat Menteri paling terkedepan di dalam tidak mahu harga minyak itu di pasaran diturunkan, malah Yang Berhormat Menteri sendiri telah mengumumkan bahawa kalau lah diikutkan hati Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak mahu ianya lebih rendah daripada RM1.92 sen, salah satu alasan Yang Berhormat berikan ialah tidak mahu menyusahkan ataupun merugikan tuan-tuan, kedai-kedai stesen minyak kerana penurunan harga minyak pada malam itu akan mengakibatkan kerugian kepada peniaga-peniaga minyak. Tetapi Yang Berhormat ini dari segi yang lain pula, sebenarnya membenarkan syarikat-syarikat gergasi minyak ini memperolehi keuntungan yang cukup besar dan hari ini pun syarikat-syarikat gergasi minyak ini semuanya menunjukkan keuntungan yang cukup besar. Jadi tidakkah Yang Berhormat ingin untuk menurunkan lagi harga minyak untuk memberansangkan lagi ekonomi negara dan mempastikan kalaupun syarikat ataupun tauke-tauke kedai minyak ini kerugian malam itu. Kerugian ini ditampung oleh syarikat-syarikat gergasi minyak ini dan tidak perlu mereka menanggung kerugiannya. Terima kasih.

DI JAWAB OLEH MENTERI
Tan Sri Yang Dipertua, hujah Ahli Yang Berhormat daripada Tumpat sebenarnya menggabungkan beberapa fakta yang tidak ada kaitan. Apabila saya menyatakan bahawa pendapat saya ialah untuk melihat kepada satu kadar harga yang balik kepada asal, ianya tidak ada kaitan dengan untuk saya kononnya mengikut dakwaan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Tumpat bahawa saya ingin mempertahankan pulak kepentingan peniaga-peniaga stesen minyak. Sebenarnya harga minyak memang sudah turun, dan kerana strategi kerajaan adalah untuk menentukan adanya subsidi maksima ataupun strategi minima sebanyak 30 sen itu telah membolehkan kerajaan menurunkan harga minyak lebih awal lagi. Walaupun harga petrol di pasaran lebih tinggi daripada apa yang telah diharapkan. Jadi bermakna bahawa dengan strategi kerajaan untuk menurunkan menyampaikan penurunan harga minyak petrol dengan kadar yang lebih cepat, ianya dapat membantu rakyat dan juga sektor perniagaan untuk mendapatkan harga petrol pada kadar yang lebih munasabah dan ini telah kita lakukan pada bulan Ogos, walaupun umpamanya dalam bulan Ogos penurunan harga minyak tidaklah sampai kepada taraf ataupun paras yang dikehendaki yang munasabah ataupun yang rendah tetapi kerana adanya dasar dan strategi kerajaan untuk kerajaan mengekalkan subsidi sebanyak 30 sen, maka telah dapat diturunkan dengan lebih cepat dalam bulan Ogos dan bulan September. Dan penurunan harga minyak mentah yang mendadak itu, ialah telah berlaku daripada dalam masa 3 bulan dan dalam bulan Oktober sahaja kita telah berjaya untuk menurunkan harga runcit petrol sebanyak 30 sen dalam bulan ini. Dan harapannya penurunan harga minyak mentah akan dapat terus disampaikan kepada pengguna negara dan ianya akan dilakukan mengikut kaedah yang lebih teratur, jadi sebab itulah kita lihat penurunan minyak petrol, diesel dan sebagainya dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana kalaulah ianya dilakukan secara mendadak ia akan membawa kepada masalah yang sekarang ini kita lihat telah pun mula berlaku iaitu kehabisan bekalan minyak di stesen-stesen minyak yang tertentu. Namun yang demikian, ianya telah memberi kepada satu suasana di mana harus kita kawalkan penurunan itu, supaya akhirnya faedah daripada penurunan minyak mentah dunia akan dapat dinikmati diperingkat runcit secepat mungkin


Soalan Asal :
Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan strategi
yang terbaru dan yang perlu digunakan bagi membendung gejala penyebaran berita yang tidak
berasas melalui media cetak mahupun media elektronik


Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang
Berhormat dari Kapit yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia sejajar dengan kebebasan akhbar di negara ini setiap pengamal media
sama ada media cetak, media elektronik mestilah bertanggungjawab dengan menentukan beritaberita yang dikeluarkan dengan tepat dan betul.

Walau bagaimanapun, bagi membendung gejala penyebaran berita yang tidak berasas
daripada terus berleluasa kementerian sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan ke
atas semua jenis penerbitan di negara ini. Melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di
bawah peruntukan seksyen 2 dan seksyen 7(1). Di bawah peruntukan itu kementerian boleh
mengawal sebarang bahan-bahan penerbitan yang tidak diingini serta tindakan boleh diambil
sekiranya wujud pelanggaran yang serius dalam artikel, risalah yang diterbitkan.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian tidak mempunyai kuasa atau bertanggungjawab
secara langsung terhadap media elektronik selagi ianya tidak dimuat turun dan dicetak. Namun
demikian kementerian sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat bersama-sama dengan
Kementerian Penerangan, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia. Terima kasih.


SOALAN TAMBAHAN ( DITANYA OLEH IPOH BARAT, DAP)

Terima kasih. Kita semua tahu di Malaysia ada kekurangan dalam ‘freedom of publication’ terutama dalam beberapa peningkatan kita, statistik di International News dimana Malaysia berjatuh tiap-tiap tahun. Dan ini semestinya kerajaan tahu akan tetapi tidak peka atau mengambil tindakan untuk mengatasi perkara ini. Dan antaranya kerana akta-akta seperti printing dan pressure side. Dan baru-baru kita tahu di negara ini, satu surat khabar ‘mouthpiece’ of UMNO telah mengeluarkan perkataan berfitnah terhadap ahli parlimen Seputeh dan mengatakan dia (YB Seputeh) telah menghinakan Agama Islam, bila bukan sedemikian semua tahu dan oleh kerana fitnah-fitnah tersebut beliau telah ditangkap di bawah ISA, akan tetapi tiada apa-apa tindakan terhadap Utusan Malaysia dan bukankah ini benar bahawa itu adalah ‘mouthpiece of UMNO’ maka menunjukkan Utusan Malaysia adalah ‘above the law’. Terima kasih.


DIJAWAB OLEH TIMBALAN MENTERI (Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh: )
Tuan Yang Dipertua, saya pertama kalilah mendengar ‘mouthpiece of UMNO’ yang saya tahu adalah ‘mouthpiece of Keadilan’. Suara keadilan pernah mengemukakan berita yang tidak betul, yang mengatakan Tan Sri Musa Hassan lumpuh ditangan kiri, tak mampu bercakap dan sebagainya. Kebebasan yang kita berikan adalah disalah gunakan dan apabila kita minta surat tunjuk sebab, dia tidak minta maaf pun, dia hanya menarik berita itu dan tiada permohonan maaf dikeluarkan. Kalau kebebasan yang diberikan disalah gunakan, saya tidak fikir kita takut kepada analisis negara-negara lain, selagi kita mengamalkan kebebasan media, kita tidak bimbang apa pandangan negara luar terhadap negara kita. Inilah tindakan kerajaan. Terima kasih

No comments: