Sunday, November 9, 2008

Antara Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Sidang Dewan Rakyat 10 Nov 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN :

1. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk
menjadikan Bursa Malaysia lebih menarik kepada syarikat-syarikat
baru berbanding dengan bursa-bursa lain seperti Singapura dan Hong
Kong. Apakah jumlah syarikat baru yang disenaraikan di Bursa
Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sebab
kegagalan Kerajaan melaksanakan dan menguatkuasakan kegunaan
sistem tambang bermeter untuk perkhidmatan teksi, terutamanya di
bandar-bandar pelancongan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor
Bahru dan juga tempat tertentu di Lembah Klang seperti perhentian
bas Pudu Raya dan KL Sentral.

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah kesan sampingan terhadap kenaikan
harga petrol ke atas golongan berpendapatan rendah
yang menggunakan motosikal baru-baru ini; dan
(b) apakah usaha pihak Kementerian dalam memantau
keselamatan dan kebajikan penunggang motosikal dalam
situasi ekoran daripada kenaikan harga petrol yang
mendadak kebelakangan ini.

4. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapakah jumlah peratusan penyelesaian yang
dicapai bagi Permohonan Prosiding Pendamaian (reconciliation
proceedings) iaitu sebanyak 21,618 kes yang dirujuk di bawah
Seksyen 106 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan
Penceraian) 1976 (Akta 164) bagi tahun dari tahun 2004, 2005 dan
2006.
5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh manakah kelayakan hakim-hakim syarie dalam
menyelesaikan kes-kes syarie yang banyak tertangguh dan berapakah
jumlah kes syarie yang tertunggak sejak tahun 2006.

6. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI
TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapakah kadar
radiasi bukan pengionan (non ionic radiation) yang dibenarkan di
dalam menara telekomunikasi dan kadar selamat antarabangsa serta
bagi setiap alat telefon bimbit yang dibenarkan.

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk
melengkapkan golongan wanita dengan kemahiran keusahawanan
terutama sekali dalam bidang pemasaran dan perakaunan perniagaan

(maklumat dari www.parlimen.gov.my)

No comments: