Wednesday, November 12, 2008

Antara jawapan Sidang Dewan Rakyat 10 Nov 2008

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]:

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kegagalan kerajaan melaksanakan dan menguatkuasakan kegunaan sistem tambang bermeter untuk perkhidmatan teksi
terutamanya di bandar-bandar pelancongan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru dan
juga tempat tertentu di Lembah Klang seperti Perhentian Bas Pudu Raya dan KL Sentral adalah
disebabkan perkara-perkara seperti berikut:

(i) sikap pemandu yang berasa mereka mempunyai pilihan untuk mengaut
keuntungan dalam jangka masa pendek tanpa memikirkan kesan
jangka masa panjang di mana kemungkinan pemilik lesen dikenakan
tindakan gantung atau batal lesen sekiranya sabit kesalahan hasil
aduan atau tangkapan penguat kuasa LPKP atau JPJ;
(ii) sikap penumpang yang masih mempunyai persepsi yang kurang tepat
tentang konsep menggunakan khidmat teksi di mana penumpang masih
bertanyakan pemandu tentang harga tambang dan lokasi, sedangkan
mereka sepatutnya hanya perlu terus masuk ke dalam teksi dan meminta
pemandu ke destinasi yang diingini; dan
(iii) sikap pengadu yang kurang memberi kerjasama dalam menyampaikan
maklumat secara lengkap untuk laporan terperinci disediakan serta
mengelak untuk menjadi saksi atas kesalahan melibatkan pemandu.
Walau bagaimanapun, pihak kementerian serta agensi-agensi penguat kuasa lain terus
menguatkuasakan sistem tambang bermeter melalui:
(i) operasi harian dan berkala di kawasan zon teksi dengan mengambil
tindakan terhadap teksi yang terbabit oleh LPKP; dan
(ii) operasi penyamaran dengan menaiki teksi bagi memastikan pemandu
menggunakan meter oleh JPJ.
Secara keseluruhannya bagi tempoh Januari hingga Jun 2008 sebanyak 1,298 kes
tangkapan dibuat untuk pelbagai jenis kesalahan melibatkan teksi di Semenanjung Malaysia oleh LPKP. Daripada jumlah ini sebanyak 771 kes atau 60% merupakan kes tangkapan terhadap
kesalahan enggan menggunakan meter. Terima kasih.

No comments: