Friday, November 7, 2008

Antara Soalan Tambahan Persidangan Dewan Rakyat 6 Nov 2008

SOALAN 1

SOALAN TAMBAHAN 1
(DITANYA Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Mutalib [Maran], BN)
Apakah kerajaan sedar atau tidak bahawa terdapat pertindihan tugas/ fungsi di antara kementerian-kementerian dan juga agensi-agensi di bawah kementerian sendiri. Umpamanya, kementerian, pra sekolah kita ada dalam KEMAS dan ada juga dalam Jabatan Pendidikan. TABIKA, kita ada juga dalam kementerian ada juga dalam Jabatan Perpaduan dan agensi umpamanya ada RISDA, FELCRA dan kadang-kadang menjalankan tugas yang hampir sama. Dan ini mungkin akan menjejaskan dari segi peruntukan dan kakitangan. Saya ingin bertanya kepada Tan Sri Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan penyelarasan balik kepada pertindihan tugas ini supaya kita dapat memastikan peranan sebenar KEMAS yang dimainkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini, dan juga KEMAS itu sendiri supaya lebih berkesan dalam kita membina kesedaran masyarakat khususnya ketika kita berhadapan dengan cabaran-cabaran yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang hari ini.


DI JAWAB (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Tan Sri Dato’ Muhammad bin
Muhammad Taib]SENATOR,
Terima kasih YB daripada Maran. Sememangnya tugas yang dipertanggungjawabkan kepada KEMAS tertumpu kepada kawasan-kawasan yang ada di hampir 7,000 kampung di seluruh negara. Ataupun dengan tepat lagi 8,400 kelas KEMAS di seluruh negara di kawasan-kawasan kampung meliputi 180 ribu kelas TADIKA KEMAS kanak-kanak yang melibatkan 14,000 guru. Di kawasan-kawasan bandar di mana kawasan-kawasan wujud kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai kaum wujud TADIKA PERPADUAN dan memang ada penyelarasan di antara KEMAS, PERPADUAN dan juga Kemenetrian Pelajaran di mana yang ada kelas Kementerian Pelajaran biasanya KEMAS tidak akan menyertai. Mengenai perkara kedua membina masyarakat, memanglah KEMAS bertanggungjawab membina masyarakat. Kalau JKR, jurutera, arkitek membina bangunan KEMAS ada tanggungjawab membina manusia ataupun dalam Bahasa Inggeris Human Capital Development (Membina Insan), mengupayakan masyarakat, menggerak masyarakat. Jadi, KEMAS memang berfungsi dan bekerjasama dengan sebahagian kakitangan RISDA dan juga FELCRA untuk mengupayakan masyarakat, membina masyarakat supaya masyarakat dapat dibina dengan kemajuan fizikal yang dibawa oleh kementerian-kementerian lain jika ada sebahagiannya.


SOALAN TAMBAHAN 2 (DITANYA OLEH RANTAU PANJANG, PAS)
Terima kasih Tan Sri Yang Dipertua, soalan tambahan saya, saya ingin tahu berapakah jumlah wang yang diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan KEMAS seluruh negara dan bagaimanakah kerajaan dapat mempastikan bahawa duit yang dibelanjakan untuk membayar gaji kakitangan KEMAS ini tidak digunakan oleh kakitangan ini kerana apabila pilihanraya, kakitangan KEMAS ini digunakan sepenuhnya untuk bekerja untuk Barisan Nasional. Jadi, bagaimanakah kerajaan mempastikan, sebab gaji dan duit yang dibayar adalah duit rakyat. Seharusnya kakitangan ini berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk parti Barisan Nasional.

DI JAWAB OLEH SENATOR, MENTERI
Tuan Yang dipertua, bagi jumlah gaji saya minta notis, InsyaAllah kita akan sampaikan kepada YB Rantau Panjang. Mengenai peranan, ini persepsi YB, boleh kita menuduh seperti itu tetapi sebenarnya peranan KEMAS sejak ditubuhkan, sejak zaman Allahyarham Tun Razak awal tahun 60-an dengan adanya kelas dewasa, pembaharuan, perubahan, mengubah rangka fikiran, membawa masyarakat daripada masyarakat yang tidak menghantar anak ke sekolah terutamanya kanak-kanak perempuan yang tidak dihantar ke sekolah tahun-tahun 40-an, 50-an KEMAS berjaya mengubah minda masyarakat. Tetapi apa YB dari Rantau Panjang sebut tadi itu, sebenarnya saya tidak tahu sekiranya ia berlaku demikian.







SOALAN 2

SOALAN TAMBAHAN 1 ( DITANYA OLEH SUBANG, PKR )
Adakah Jabatan / Barisan Nasional sedia kaji semula garis kemiskinan yang digunakan sekarang untuk memastikan golongan besar penduduk negara yang memerlukan bantuan kebajikan ini berhak dapat ini?.Terima kasih.

DIJAWAB OLEH SUNGAI BESAR , TIMBALAN MENTERI
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua. Keprihatinan BN jauh daripada kerajaan – kerajaan negeri pembangkang yang ada . JKM sentiasa buat kajian semasa ke semasa atau review semula kadar kelayakan setiap bantuan yang telah dibentangkan termasuk kelayakan – kelayakan isi rumah hampir sekali ganda akan dinikmatinya daripada 54 ribu ke 110 ribu . Jumlah yang dikeluarkan oleh bantuan persekutuan skimnya adalah jauh lebih tinggi daripada kadar bantuan yang dikeluarkan oleh kebajikan negeri . Hanya negeri – negeri sekitar RM 50 dan yang tertinggi di Melaka sebanyak RM 450. Walaupun kita memang prihatin dengan rakyat kita, mudah – mudahan atas kemampuan negara kelak kita BN akan meningkatkannya lagi. Terima Kasih.

SOALAN TAMBAHAN 2 (DITANYA OLEH BATU PAHAT, BN)
Terima kasih. Soalan tambahan saya, tidakkah Kementerian mengubah pendekatan dan konsep ini supaya tidak mengikut gaya hidup Britain yang menyebabkan rakyat akan menjadi malas. Mohon Penjelasan ?. Terima kasih.

DIJAWAB OLEH SUNGAI BESAR ,TIMBALAN MENTERI
Yang Berhormat , Yang Dipertua, ahli BN adalah constructive . JKM memberi 2 jenis bantuan iaitu, Kumpulan Produktif – bantuan sementara kepada ibu tunggal, kematian suami mengejut mungkin memerlukan masa dengan memberikan kemahiran dan rangsangan yang diberikan apabila mereka sudah mula berdikari kita akan hentikan bantuan. Dan kumpulan yang tidak produktif sama ada yang sudah pencen , tiada pewaris dan dapat bantuan daripada anak-anak. Kita juga tidak mewar-warkan sebagai negara kebajikan. Kita laksanakan kepada rakyat yang memerlukan. Dengan ini Bantuan Geran Pelancaran dengan bantuan daripada agensi-agensi dan institut di agensi kementerian kerajaan lain seperti Pusat Giat MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia ini mereka dapat berdikari dan tidak akan bergantung kepada bantuan dan sokongan moral kerajaan ini seumur hidup.Terima kasih.


SOALAN 3

SOALAN TAMBAHAN 1 (DITANYA OLEH PADANG BESAR, BN)
Menteri, kalau penamaan jalan ini dan bahasa yang digunakan tidak menjadi pendorong kepada kemasukan pelancong dan kemudahan pelancong, apakah sebabnya sebuah negeri itu beriya-iya sangat bukanlah ini unsur souvenistic kerana mereka sudah menjadi tuan dalam satu negeri maka mereka kena buat sesuatu dan kadang-kadang ini menjadi suatu masalah dalam negara kita, kadang-kadang kita sanggup melupakan heritage dalam negara, mahu melupakan sejarah dan dengan itu pemikiran mereka lebih sempit daripada apa yang mereka anggap.

DIJAWAB OLEH PENGERANG, MENTERI
Tan Sri Yang DiPertua, sebenarnya bagi Kementerian Pelancongan, isu itu mungkin lebih elok di tanya kepada kerajaan negeri terutama sekali di Pulau Pinang dalam isu baru-baru ini. Bagi Kementerian Pelancongan apa yang kita dapati contohnya kehadiran pelancong daripada China, Hong Kong dan Macau adalah sebanyak 728,176 orang pada Januari hingga September 2008. Jadi kalau kita nak katakan kerana jumlah pelancong dalam bangsa tertentu maka bahasa perlu kepada bahasa tertentu, bagi saya apakah jawapan pihak-pihak tertentu, pada jawapan saya ialah kita tengok kehadiran pelancong dari Thailand pada masa yang sama iaitu sebanyak 1.1 juta adakah perlu kita letak tanda jalan itu dalam bahasa Siam. Ini sebenarnya menjadi persoalan. Kalau kita tengok pula kehadiran pelancong dari timur tengah adakah perlu kita wujudkan pula dalam bahasa Arab dan Timur Tengah, bahasa arab ini ustaz dari parti pembangkang banyak kekadang mungkin dari Yaman, macam YB Kota Tinggi ataupun daripada Hadramaut, Dubai (di celah oleh.......). Kehadiran pelancong dalam negara kita tidak pernah ada kena mengena dalam isu papan tanda jalan, pelancong tetap datang. Jadi apa Kementerian Pelancongan lakukan ialah mewujudkan papan tanda pelancongan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan dan juga risalah-risalah untuk membantu kefahaman pelancong bila datang ke negara kita. Jadi soalan YB Padang Besar itu tak boleh jawablah, sama ada apakah motif dan YB Padang Besar kena tanyalah kepada mereka yang meletakkan tanda jalan pada bahasa tersebut. Terima kasih.


SOALAN TAMBAHAN 2 (DITANYA OLEH BUKIT MERTAJAM, DAP)
Terima kasih Tuan Yang DiPertua, sekarang masa globalisasi, di Amerika kita lihat the first African American telah menjadi presiden. Ini merupakan perubahan mentaliti (dicelah oleh ahli dewan...) siapa yang sesuai dia jadi presiden la tak kira apa warna kulitnya..(dicelah oleh ahli dewan..) kita nak tunjukkan bahawa Malaysia Truly Asia, kalau Malaysia Truly Asia bahasa itu Asia la...(dicelah oleh Yang DiPertua)..soalannya di universiti kita mengajar pelbagai bahasa, so kita nak bahasa-bahasa yang lain di airport (dicelah oleh ahli dewan). Apakah masalahnya sekiranya Pulau Pinang meletakkan lebih banyak bahasa ke atas tanda jalan supaya lebih ramai orang tahu jadi saya rasa ini bukan sahaja masalah atau jawapan yang perlu diberikan daripada kerajaan Pulau Pinang. (Dicelah oleh ahli dewan).

DIJAWAB OLEH PENGERANG, MENTERI
Tan Sri Yang Di Pertua, saya simpati dengan YB Bukit Mertajam, agaknya dia tidak begitu mendengar dengan tepat penerangan yang saya bagitahu. Pertamanya, tanda jalan itu adalah tertakluk kepada kadang-kadang kerajaan negeri dan Majlis Bandaran. Kementerian Pelancongan meletakkan papan tanda pelancongan, yang mana YB tanya memang banyak bahasa, YB bukan pelancong, YB rakyat Malaysia, mana YB tahu. Papan tanda pelancongan ada, risalah ada, jadi YB, masalah YB nak memperkaumkan isu pelancongan ini bagi saya mempolitikkan pelancongan. Ini tidak patut dijalankan dan nak bercakap tentang Obama menang itu dua parti bertanding kita banyak parti politik, Tan Sri Yang DiPertua, ini bukan nak pertikai Obama dari segi pelancongan (dicelah oleh ahli dewan.........) dan kalau kita tengok risalah, papan tanda pelancongan semua bahasa ada, bahasa cina ada, bahasa tamil ada, bahasa urdu ada, bahasa arab ada, jadi saya tengok soalan yang ditanya oleh YB Bukit Mertajam itu, tidak tepat ( dicelah oleh Yang DiPertua)...Terima kasih Yang DiPertua.
SOALAN 4

SOALAN TAMBAHAN 1 (DITANYA OLEH PENGKALAN CHEPA, PAS)
Soalan pertama saya, adakah kerajaan mempunyai perancangan yang komprehensif pelan tindakan untuk membasmikan tanah-tanah terbiar sifar ini di kampung-kampung katakanlah pada 2015, 2020 dan adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu Jawatankuasa khas tertinggi yang menyelaras di antara kementerian-kementerian yang berkaitan, agensi-agensi dan kerajaan negeri. Soalan ketiga, di Jepun tidak ada tanah terbiar kerana ia dikendalikan secara teratur oleh agensi-agensi kerajaan. Di Thailand, banyak produk-produk pertanian ini diselaraskan melalui pemasaran yang dikendalikan secara terus daripada orang kampung. Adakah kerajaan melihat semua ini dan membaiki sistem yang disebutkan tadi, yang tidak berkesan. Terima kasih.

DI JAWAB OLEH BATANG LUPAR, TIMBALAN MENTERI
Satu YB, saya ingin mempertikaikan sistem yang dikatakan tidak berkesan YB, saya tadi berhenti tidak sampai ke contoh-contoh di mana tanah-tanah terbiar telah banyak menghasilkan atau menambah pendapatan tetapi berbalik kepada soalan YB, satu YB apa yang dicadangkan oleh YB begitu baik, molek segala-galanya tapi saya ingin memaklumkan bahawa tanah ini satu, di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu tidak boleh lari YB, dan kedua kita di Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani sedaya upaya mencari data di mana tanah-tanah terbiar yang boleh kita bangunkan untuk aktiviti pertanian yang ada di bawah kuasa kita. Jadi YB , pertama adalah untuk melihat data-data tanah terbiar jadi YB saya ingin memaklumkan proses ini memakan masa yang panjang dan terdapat kekangan-kekangan yang dihadapi. Saya ingin berkongsi kekangan. Satu YB, saya memerlukan kerjasama YB yang bertanya dan semua YB yang berada di dalam dewan yang mulia. Pertama, masalah kami bila dah dikenalpasti di mana tanah-tanah terbiar masalah kami yang utama mencari siapa pemilik tanah kerana tanah ini tanah mereka. Jadi, kekangan pertama pemilik tanah sukar dikesan, kalau dapat dikesan pun pemilik tanah di luar kawasan itu. Dia tidak ada di dalam kawasan itu. Ketiga, tanah pula mempunyai banyak penama. Penama-penama yang begitu ramai yang menyebabkan kesukaran mendapatkan persetujuan dikalangan mereka susah mendapatkan persetujuan untuk menggunakan tanah. Dan kadang-kadang terdapat juga pemilik tanah yang uzur yang tidak mahu menyewa tanah mereka. Biarlah tanah ini tidak buat apa-apa pun. Jadi YB, kami yang dapat kami kesan telah kami dirikan. Eloklah saya bagi contoh untuk menghargai YB yang bertanya, contohnya di Pengkalan Chepa kami telah menjalankan satu projek berkelompok iaitu tanaman singkat masa di mana tanah terbiar di kawasan YB iaitu di Tanjong Cat di jajahan Kota Bharu kita tanam dengan jagung manis. Hanya 20 hektar YB, jagung manis sahaja dan pengeluarannya 70.3 metrik tan. Maknanya berjaya YB, tapi masalah yang asas tadi itu kami mohon juga bantuan bersama dan InsyaAllah yang YB cadangkan tadi untuk menubuhkan jawatankuasa khas bersama dan sebagainya InsyaAllah sebab Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani satu sahaja tidak dapat, kita memerlukan JKK, kita memerlukan Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, kita memerlukan kementerian-kemenetrian lain untuk sama-sama menggembleng tenaga. Terima kasih YB.


SOALAN TAMBAHAN 2 (DITANYA OLEH ARAU, BN)
Terima kasih. Soalan saya adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu syarikat ataupun satu lembaga bagi memajukan tanah-tanah yang terbiar ini terutamanya tanah-tanah yang dijelaskan oleh YB tadi, yang mempunyai waris yang ramai dan ada yang setengahnya yang sudah meninggal dunia dan terbiar begitu saja dalam mempastikan bahawa semua perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Pengakalan Chepa itu dapat diselsaikan oleh pihak kerajaan.

DI JAWAB OLEH BATANG LUPAR, TIMBALAN MENTERI
Terima kasih YB, cadangan memang baik dan sebenarnya cadangan daripada YB tadi pun memang elok tetapi ini adalah menggunakan satu jawatankuasa yang lebih besar, pengemblengan beberapa kementerian dan kerajaan mencari satu jalan. Bagi kami di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kami hendak membangunkan tanah ini sebagai tanah yang produktif yang mengeluarkan hasil. Jadi terima kasih YB mengenai syarikat itu tadi satu mungkin daripada jalannya. Tetapi YB apabila dikenalpasti tanah ini kami memang menggalakkan syarikat-syarikat mengusahakan tanah itu. Jadi, supaya kepentingan tuan punya tanah dijaga dan kepentingan syarikat itu juga. Sama-samalah, win-win. Dan ini adalah satu cadangan yang baik dan kita difahamkan memang banyak lagi tanah-tanah terbiardi seluruh negara yang sebenarnya boleh kita bangunkan untuk mengeluarkan.

SOALAN 5

SOALAN TAMBAHAN 1 (DITANYA OLEH SERIAN, BN)
Jalan Tebakang Melayu Crosin, Tebakang Melayu, sebenarnya telah pun dimulakan. Jadi Yang Di-Pertua, JKR Sarawak melalui Unit Perancangan Negeri, Negeri Sarawak telah memasukkan satu batang jalan iaitu jalan Muara Ahi, Makpuk Tragek, Makpuk Kijabek dalam senarai asal projek-projek untuk dilaksanakan dalam RMK-9. Malangnya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, jalan itu tidak ada dalam senarai. Jadi soalan saya di sini ialah satu, mengapa ini boleh terjadi dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi kepastian supaya jalan Makpuk Kjiabek, Muara Ahi, Makpuk Tragek ini dimasukkan. Sekian, terima kasih.

DIJAWAB OLEH SELANGAU, TIMBALAN MENTERI
Tan Sri Yang Di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat dari Serian, bukan sahaja jalan yang dia sebutkan tadi yang ada dikeluarkan dari senarai asal selepas Kajian Separuh Penggal. Kita menghadapi bermacam-macam kekangan, dan antara satu ialah kekurangan wang terutama sekali di dalam senario ekonomi yang sekarang. Jadi saya tidak boleh bagi jaminan apa yang telah dikeluarkan itu dapat dimasukkan balik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dari Serian, misalnya pada mulanya 34 batang jalan utama nak dibina di Sarawak, tetapi disebabkan bermacam-macam kekangan, hanya 28 sekarang yang ada peruntukan, dan jalan yang 2 batang jalan yang saya sebut tadi, saya beri jaminan ia akan dilaksanakan. Sekian, terima kasih.


SOALAN TAMBAHAN 2 (DITANYA OLEH BINTULU, BN)
Terima kasih Tan Sri Yang Di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Timbalan Menteri ada sedar ke tidak, selalu kalau Menteri, Timbalan Menteri dia punya kriteriakan prioriti macam di Serian itu. Saya sudah dengar banyak kali, dia ulang balik, ulang balik, sama juga jawapan. Tolonglah boleh beri satu penjelasan dalam senarai tadi yang dikemukakan, sudah berapa lama diorang dapat prioriti, dia punya kenapa tidak boleh dapat prioriti. Saya minta penjelasan.

DIJAWAB OLEH SELANGAU, TIMBALAN MENTERI
Tan Sri Yang Di-Pertua, prioriti ini memang dari masa ke semasa dia tidak akan tetap. Kalaulah misalnya jalan yang disenaraikan oleh Yang Berhormat yang telah dipohon kepada Kerajaan pada mulanya ada projek ekonomi yang hendak dilaksanakan di sana, maka ia akan dianggapkan sebagai prioriti, tetapi sekiranya projek ekonomi itu tidak jadi dilaksanakan ataupun dibatalkan ataupun ditangguhkan, maka jalan tersebut juga akan tergugat dari segi prioritinya. Sekian, terima kasih.

SOALAN 6

SOALAN TAMBAHAN 1 ( DITANYA OLEH TANAH MERAH, PKR)
Terima kasih. Soalan tambahan saya, bolehkah nyatakan kes- kes pembunuhan, rompakan, rogol atau seluruh jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing yang haram tanpa izin yang telah tamat tempoh pasport, yang sudah jatuh hukuman, sedang dibicara dan juga yang baru ada laporan polis antara 2 tahun atau 5 tahun ke belakang? Terima kasih.

DIJAWAB OLEH KOTA TINGGI, MENTERI
Yang Berhormat, Yang Dipertua, jawapan yang diminta itu yang diminta oleh Y. Berhormat saya cadangkan supaya menghantar surat bertulis . Saya akan terperincikan. Tetapi secara puratanya secara kesuluruhannya 2% adalah orang-orang asing yang melakukan jenayah. Terima kasih.

SOALAN TAMBAHAN 2 ( DITANYA OLEH IPOH , DAP)
Terima kasih. Soalan tambahan saya, apakah tindakan yang telah diambil TASK FORCE yang special untuk mengatasi masalah-masalah ini adakah pendirian kerajaan in benar mengurangkan pekerja-pekerja asing ke negara ini setiap tahun mulai sekarang atau sesuka hati sesiapa juga yang ingin membawa pekerja-pekerja asing ke negara ini? Terima kasih.

DIJAWAB OLEH KOTA TINGGI, MENTERI
Yang Berhormat, Yang Dipertua, jumlah pekerja-pekerja asing ini tanpa izin yang telah lama duduk atau cuba larikan diri negara ini kita boleh menghantar mereka balik dengan adanya kerjasama daripada kedutaan atau suruhanjaya yang ada di negara kita ini .Yang itu tidak menimbulkan masalah tetapi kebanyakan hasil daripada orang kita sendiri membawa pendatang asing masuk tanpa izin ke dalam negara kita jumlah yang banyak kumpulan yang sebegini. Tetapi kalau ada kumpulan teraniaya kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
SOALAN 8

SOALAN TAMBAHAN 1 (DITANYA OLEH JERAI, PAS)
Petani seluruhnya mempertahankan harga padi sedia ada 1000 ringgit se tan dan subsidinya walaupun harga diesel dan petrol dah mula menurun supaya dapat mempertahankan pendapatan petani. Persoalan tentang benih padi sebelum ini dikawal selia oleh Jabatan pertanian, 1 beg 20 kilo bernilai 28 ringgit, sekarang ini diswastakan harga benih telah melambung kepada 36-40 ringgit satu beg. Ini akan menambah bebanan kepada petani. Saya pohon kepada kementerian supaya melihat kepada 2 soalan saya ini. Terima kasih.

DIJAWAB OLEH BATANG LUPAR, MENTERI
Terima kasih YB. Seperti saya katakan harga minimum terjamin adalah 750 ringgit se tan metrik bermakna kita jamin tak akan kurang dari 750 ringgit tetapi harga di atas ia boleh naik setinggi mana jadi ini adalah satu persaingan yang sihat. YB dan kerajaan negeri Selangor yang menjadi lead player yang meletakkan harga padi sebegitu tinggi jadi YB seperti yang YB katakan kita pastikan jangan turun kurang daripada 750 ringgit tetapi kita tak menghadkan kalau harga itu melebihi. Jadi itu adalah petanda baik dan persiangan yang sihat dan YB kita amat perihatin sebab bagi kami beras ini adalah dikategorikan sebagai tanaman yang sensitif yang memang kami akan berikan pemantauan yang begitu rapi. Mengenai benih padi yang melambung tinggi, sebenarnya YB benih padi ini juga kami berikan subsidi juga, jadi walau harga melambung tinggi tetapi telah pun dibantu dengan subsidi benih padi sah. Jadi kami hendak menggalakkan supaya penanam-penanam padi menggunakan benih padi sah. Oleh yang demikian, walaupun ada peningkatan harga sebab masa itu banyak input adalah meningkat dengan mendadak. Kami juga telah memberikan subsidi khas untuk pembelian benih padi dan pada masa yang sama kita memastikan segala kos yang berkaitan dengan padi ini kita bantuan yang begitu besar. Sebenarnya kalau YB tengok budget yang terbesar adalah untuk industri padi. Terima kasih YB.
SOALAN TAMBAHAN 2 (DITANYA OLEH LEDANG, BN)
Terima kasih. Pada saya bukan soal subsidi dan harga tinggi tapi soal produktiviti. Saya yakin jika produktiviti meningkat, harga padi stabil dan pendapatan petani meningkat. Soalan saya sejauh mana kemajuan dan cadangan untuk meningkatkan pengeluaran padi bagi setiap hektar sama ada dari segi R&D, sumbangan kepakaran lain. Adakah ini akan mencapai target tersebut dalam tempoh yang singkat ini. Contohnya Taiwan walau hanya luas tanah sekankang kera tapi hasilnya berlipat kali ganda. Sebab itu kita perlu melawat Taiwan untuk melihat teknologinya. Kita minta jawapan menteri.

DIJAWAB OLEH BATANG LUPAR, MENTERI
Sebab itulah YB selain memberi insentif dan sebagainya kita juga meningkatkan R&D. Jadi oleh yang demikian MARDI telah diberikan satu tumpuan untuk mencari jalan mempelbagaikan benih padi yang boleh mengeluarkan produktiviti yang tinggi tetapi juga dari segi kaedah penanaman dan sebagainya mugkin memendekkan masa adalah salah satu cara untuk meningkat produktiviti. Memang ini kita unjurkan oleh yang demikian kita ada satu lagi insentif kita namakan insentif peningkatan hasil. Bermakna biasa kita dapat keluarkan 3 tan jadi kalau ada peningkatan hasil kita juga memberikan insentif peningkatan hasil yang berjumlah 650 ringgit se tan metrik untuk setiap tan kenaikan . Ini sebab kami merasakan penggalakan juga boleh dalam bentuk kewangan, R&D, dan petani ini diberi satu penumpuan yan begitu fokus. Terima kasih YB sebab cadangkan lawatan ke Taiwan sebab kita juga belajar juga dengan orang lama untuk kita sama-sama mengembelengkan tenaga dan fokus dan meningkatkan pendapatan dan produktiviti daripada padi beras negara. Terima kasih.

SOALAN 9

SOALAN TAMBAHAN 1 (DITANYA OLEH PONTIAN, BN)
Terima kasih. Soalan tambahan saya, setakat manakah zakat telah digunakan untuk meningkat ekonomi umat islam tahap mengira kaum di negara ini dan berikan contoh – contoh program yang berkaitan.? Terima kasih.

DIJAWAB OLEH BAGAN DATOH, MENTERI
Yang Berhormat, Yang Dipertua, memang zakat diagihkan kepada askar tanpa mengira kaum yang beragama Islam . Dengan kerjasama Baitulmal dan pusat pengagihan zakat negeri negeri pengagihan kepada .............. tahap ekonomi termasuk proram-program modal perbengkelan, peruncitan, pengeluaran bahan makanan, pasar malam. Apa yang dipertekankan oleh Baitulmal kita tidak berhajat untuk memberi ikan kita beri kail supaya mereka boleh tangkap ikan. Terima kasih.

SOALAN TAMBAHAN 2 ( DITANYA OLEH BALING, PAS)
Terima kasih. Soalan tambahan saya, apakah langkah kerajaan ke arah mempertingkatkan lagi usaha kutipan ini walaupun ia adalah bidang – bidang kuasa kerajaan negeri. Apakah kerajaan mempunyai satu perancangan yang khas untuk mengiatkan ekonomi fakir miskin yang menerima zakat .maknanya takkanlah kita beri bantuan selalu untuk hanya mengeluarkan zakat kepada yang berhak untuk menerima zakat. Tetapi kita tidak menyediakan satu perancangan untuk mengiatkan zakat dari segi ekonomi mereka dan apakah kerajaan mempunyai jaminan atau perlindungan kepada penerima – penerima zakat supaya caj – caj tertentu atau bayaran – bayaran tertentu yang dilakukan oleh agensi – agensi berkuasa , yayasan dikecualikan daripada menerima zakat? Terima kasih.

DIJAWAB OLEH BAGAN DATOH, MENTERI
Yang Berhormat, Yang Dipertua, beberapa usaha telah dilakukan untuk upaya mengutip zakat. Namun beberapa daya baru yang telah digunakan termasuk pengutipan zakat daripada badan korporat. Kerjasamanya kami juga berbincang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri begitu juga skim potongan gaji adalah begitu popular. Zakat Fitrah 4.5 juta ringgit tahun lalu dan Zakat Pendapatan 111.2 juta dan zakat perniagaan adalah 23.3 juta .Usaha – usaha dan kaeadah mekanisma pengutipan zakat ini telah berjalan . Kita tidak boleh kembali kepada dasar dan kaedah konvensional tanaman. Tidak sesuai. Walaubagaimanapun wilayah persekutuan tetap mengutip tetap mengutip zakat tanaman 4.7 juta ringgit . Zakat binatang 1533.54 sen. Usaha – usaha kini bagi pengutipan cukai terus dilakukan dengan memberikan insentif kepada orang – orang islam dan koperasi – koperasi yang dikecualikan 2.5% daripada zakat yang dibayar itu daripada ceruhan . Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kawan – kawan yang menyarankan mekanisma baru. Usaha – usaha yang tidak kelihatan pihak kami akan dapat dilaksanakan jumalh ini akan meningkat lagi. Saya yakin pada tahun 2008 jika keadaan ekonomi tidak teruk sangat kita akan kutip zakat 1 Billion ringgit.Terima kasih.

SOALAN 10

SOALAN TAMBAHAN 1 (DITANYA OLEH PASIR PUTEH, PAS)
Berdasarkan kepada kenyataan Timbalan Menteri tadi bahawa ada penurunan, negara kita masih tinggi kadar kemalangan berbanding dengan negara-negara jiran kita. Saya merasakan bahawa antara sebab besar yang menyebabkan berlaku kemalangan dalam negara kita ialah kerana banyak jalan-jalan ataupun kelewatan dalam menyiapkan jalan. Saya minta penjelasan dariapada Timbalan Menteri. Terima kasih.

DI JAWAB OLEH BEAUFORT, TIMBALAN MENTERI
Terima kasih YB daripada Pasir Puteh. Saya ingin menjelaskan bahawa sebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah kerana sikap rakyat Malaysia sendiri. Kalau kita pergi ke Indonesia misalnya, di Indonesia jalannya dan traffic mereka lebih teruk daripada kita di Malaysia tetapi kerana pemandu-pemandu mereka merupakan pemandu berhemah walaupun pemandu-pemandu menggunakan hon mereka tetapi mereka tidak marah tetapi di Malaysia ini YB cuba hon saja mungkin ada yang turun kereta mahu bergaduh. Jadi ini satu sikap. Di Malaysia, kita sebenarnya telah mempunyai pelbagai kempen keselamatan jalan raya tetapi masih juga berlaku kerana sikap kita sendiri yang tidak mengutamakan keselamatan, tidak mengutamakan keselamatan orang lain, pejalan kaki. Dan suka saya maklumkan dewan yang mulia ini, saya tidak akan menjawab soal jambatan, ataupun soal jalan raya kerana itu bukanlah di bawah kementerian saya. Tetapi saya ingin memberitahu kepada dewan yang mulia ini bahawa banyak kempen-kempen yang telah dilakukan misalnyapada tahun 2008 ini, banyak kempen-kempen iklan-iklan, foto-foto album berikan laluan kepada pejalan kaki, petua keselamatan jalan raya, kita gunakan artis-artis kita seperti Adibah Noor, dan juga Alven. Ketiga, petua-petua sempena musim perayaan Mawi, Nabil dan juga Kamal Affendi. Ini semua iklna keselamatan. Kita guna artis-artis kita supaya menarik perhatian rakyat Malaysia supaya mematuhi peraturan jalan raya. Kita berbelanja RM45 juta setahun untuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya hanya untuk membuat iklan-iklan dan kempen-kempen seluruh negara tetapi masih juga berlaku kemalangan. Apa kita perlu salahkan kerajaan atau salahkan diri kita? Banyak lagi iklan-iklan seperti iklan khas perayaan; Rancanglah Perjalanan Anda, Gunakan Pengangkutan Awam, Melintas dengan selamat. Pada tahun 2000 Tan Sri Yang Dipetua, kita juga mengadakan iklan “guna tali pinggang keledar belakang”, “sos cili” dengan empat (4) bahasa; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina sebagai penarikan kepada semua bangsa. Dan saya sudahpun mengarahkan pihak JKR memasukkan dua bahasa daripada dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak. Terpulanglah kepada kerajaan negeri menggunaka mana-mana bahasa tempatan yang akan digunakan. Selain daripada itu, misalnya , menggunakan jingles, gunakan jejantas, jangan mencelah-celah, beri laluan dan semua ini telah kita lakukan. Terima kasih.

SOALAN TAMBAHAN 2 (DITANYA OLEH MUAR, BN)
Terima kasih Tan Sri Yang Dipertua, saya doakan semoga rakyat Malaysia boleh mengikuti semuakempen yang telah dijalankan. Cuma saya ingin bertanya, mulai 1 Januari 2009 kita difahamkan penumpang belakang kereta persendirian dikehendaki menggunakan tali pinggang kaledar, saya tidak pasti berapa ramai rakyat Malaysia yang sedar tentang perkara ini. Tetapi saya nak bertanya ada kenyataan yang dibuat, satu kereta boleh dinaiki lebih daripada lima (5) orang, jadi saya nak bertanya jika di belakang boleh diduduki oleh empat (4), adakah dibenarkan oleh kementerian dan kalau bolehtali pinggang apa yang dia nak pakai. Terima kasih.

DI JAWAB OLEH BEAUFORT, TIMBALAN MENTERI
Terima kasih wakil daripada Muar, sebenarnya untuk makluman ahli YB, Tan Sri Yang Dipertua, bahawa pada Januari 2009, 6 bulan kita akan buat percubaan bagi penumpang-penumpang kita menggunakan kenderaan terutamanya yang berada di belakang. Hanya kereta-kereta sedan atau yang besar tetapi dia hanya tiga (3) sahaja tali pinggang di belakang dan satu itu tidak akan dikenakan apa-apa kesalahan jika ia tidak digunakan. Maknaya, kalau membawa empat (4) menumpang dan hanya ada tiga (3) sahaja tali pinggang kaledar ia dikecualikan daripada tindakan. Tapi kalau ada inisiatif daripada pemilik kenderaan ini boleh membeli dan menyambung tali pinggang keledar ini. Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada dewan yang mulia ini Tan Sri Speaker.

SOALAN 11
SOALAN TAMBAHAN 1 (DITANYA OLEH LABUAN, BN)
Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, apakah kriteria yang paling minimum untuk mengadakan Kolej Komuniti di Pulau Labuan sedangkan seperti yang kita tahu Labuan adalah wilayah yang diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan. Bolehkah kita memberikan pertimbangan walau kadang-kadang ada kriteria yang tidak mencukupi tetapi memandang status Labuan itu sendiri. Kita minta agar Kolej Komuniti dapat diadakan di Labuan. Terima kasih.

DIJAWAB OLEH KLUANG, TIMBALAN MENTERI
Untuk makluman ahli YB di antara kriteria utama untuk menubuh Kolej Komuniti ialah pertama jumlah bilangan penduduk, kedua jumlah bilangan pusat atau institusi latihan kemahiran awam yang terdapat di kawasan berkenaan, ketiga tahap kapasiti institusi berkenaan, keempat pembangunan dan aktiviti industri setempat, kelima potensi bilangan pelajar dan keenam mempunyai peruntukkan. Hasil kajian yang paling ketara yang tidak memihak kepada penubuhan kolej komuniti di Labuan ialah potensi bilangan pelajar malahan kajian tersebut mendapati kapasiti pelajar sekolah menengah teknik di Labuan adalah di bawah paras optimum. Penduduk Labuan yang berminat dengan latihan berteraskan kemahiran mempunyai pilihan untuk menyertai institusi awam yang ada di Labuan iaitu di Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Bagi pelajar-pelajar pula sudah ada sebuah sekolah menengah teknik seperti yang saya sebut tadi. Penduduk Labuan boleh juga memilih untuk mendapatkan pendidikan latihan kemahiran di Kota Kinabalu di mana terdapat pelbagai institusi awam dan juga swasta. Sekian terima kasih.

SOLAN TAMBAHAN 2 (DITANYA OLEH MAMBONG, DAP)
Terima kasih. Kita memang tahu bahawa kerajaan telah pun membuat nich analisis tentang kolej komuniti dan kerajaan juga telah pun mengumumkan bahawa kolej komuniti sudah mencukupi di dalam negara kita. Namum satu ketika dulu kerajaan mengatakan bahawa kalau bukan Kolej Komuniti, cawangan kolej komuniti untuk mengendalikan kursus-kursus yang tertentu diwujudkan di kawasan parlimen. Oleh yang demikian adakah kerajaan ingin meneruskan dengan cadangan itu iaitu mewujudkan cawangan kolej komuniti di kawasan parlimen.

DIJAWAB OLEH KLUANG, TIMBALAN MENTERI
Untuk makluman ahli YB memanglah Kementerian Pengajian Tinggi telah menubuhkan banyak cawangan kolej komuniti dimerata-merata tempat di Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa peka dengan keperluan pembelajaran rakyat kita di samping sentiasa mendengar seruan-seruan YB berhubung dengan penubuhan cawangan kolej komuniti di kawasan parlimen masing-masing. Dalam hal ini YB digalakkan untuk membuat permohonan serta mengemukakan justifikasi dan data-data sahih yang dapat menyokong permohonan tersebut. Sekian.

1 comment:

Shalini Sharma said...
This comment has been removed by a blog administrator.